Latar Belakang

Kelab Robotik Zon Selama telah ditubuhkan pada tahun 2016 yang dilhamkan oleh YB Dato' Hj. Mohamad Daud Bin Hj. Mohd Yusuf. YB mengilhamkan kelab ini agar pelajar dapat :

1. Belajar prinsip saintifik seperti teori kuasa elektrik
2. Belajar fokus semasa membina robot mengikut arahan
3. Belajar konsep penyelesaian masalah melalui eksperimen
4. Merasai sendiri pengalaman menggerakkan robot
5. Melatih kreativiti dalam membuat rekabentuk robot ciptaan sendiri


Untuk permulaan YB juga telah menyumbang 5 set Lego Mindstorms EV3 dan 2 buah Notebook menerusi Yayasan Perak kepada Kelab Robotik Zon Selama yang terdiri daripada empat buah sekolah menengah di Zon Selama. SMK Dato' Hj. Hussein telah manjadi tuan rumah bagi mengurus dan mengendalikan program di peringkat Zon Selama.

Latihan telah diberikan oleh konsultan dari Taiping kepada 2 orang guru penasihat kelab robotik bagi empat buah sekolah menengah  yang terdiri daripada SMK Dato' Hj. Hussein, SMK Kubu Gajah, SMK Sungai Bayor dan SMK Redang Panjang.   
Powered by Blogger.